Kata Mutiara

 Kata Kata Mutiara terbaru, terlengkap, terbaik – indah penuh Makna. Merupakan kumpulan kata kata bijak dan kata kata mutiara hari ini yang indah serta penuh makna dan dapat dijadikan sebagai bahan renungan, instropeksi diri dan motivasi.

Orang yang hebat 
bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.


Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui 
nilainya.


Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali..



Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu 
menguasai rahsianya.


Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, 
bertambah banyak lagi berharga.


Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ 
William J. Siegel



Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain 
kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.


Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal 
terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.



Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai..


Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; 
sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.


Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.


Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.


Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.


Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.


Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.


Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran. ~ Horatius


Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan. ~ Mognon Me Lauhlin


Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain..


Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. ~ Peribahasa Arab


Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.


Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. ~ Charles Cahier




Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.


Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri. ~ Said Mustafa


Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi..


Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.


Menyimpang seinci, rugi seribu batu. ~ Peribahasa Cina


Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.


Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.


Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.


Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya. ~ John Petitsenn


Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. ~ Joseph Conrad


Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.


Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.


Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.


Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket.


Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.


Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai.


Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.


Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.


Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.


Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.


Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar. ~ Barbara Hall


Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang. ~ Whitney W Young


Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga. ~ Dr. Mahathir Mohamad


Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit. ~ Allen Tate


Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi.


Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan 
kedewasaan.


Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.


Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.


Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.


Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap 
kesilapan mereka.


Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.


Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.


Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.


Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.


Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.


Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.


Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.


Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.


Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari.


Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.


Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan………


Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya ~ Hamba Allah


Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur ~ Hamba Allah


Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.


Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.


Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. ~ Albert Camus


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.


Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.


Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.


Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille


Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.


Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu. ~ Aflatun


Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang 
besar.


Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan  kebahagiaan.


Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.


Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.


Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.


Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.


Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.


Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.


Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.


Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.


Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.


Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah. ~ Wahab B. Munabin


Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. ~ Andre Colin


Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka. ~ Soekarno


Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti ~ Hukama


Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius


Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara. ~ Abraham Lincoln


Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh. ~ Albert Einstein


Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. ~ La Roche


Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.


Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.


Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.


Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. ~ Marcus Aurelius


Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya. ~ Stahl P.J


Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.


Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.


Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus 
menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.


Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.


Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~ Richard Brinsley Sheridan


Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. ~ Confucius


Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.


Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.




Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu. ~ Pepatah Arab


Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. ~ Lao Tze


Awal mula pohon ialah benih..


Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.


Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.


Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.


Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.


Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.


Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.


Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.


Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.


Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.


Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.


Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan


Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.


Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar danberdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.


Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi.


Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.


Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada.
Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.


Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda. ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)


Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah. ~ T.S Matthews


Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.


Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya,  cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.


Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. 
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.


Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. 
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.


Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.


Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.


Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.


Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.


Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.


Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.


Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya.


Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya. ~ Khong Hu Cu


Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.


Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.


Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.


Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.


Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.


Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.


Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.


Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. ~ Khalifah Abdul Malik Marwan


Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya. ~ Voltaire


Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.


Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s